ad

Monday, 7 November 2016

SELAMAT DATANG!

Nikmati penginapan selesa di
HOMESTAY @ DAMANSARA UTAMA, PETALING JAYA
dengan kemudahan Internet Unifi!





Rumah teres 2 tingkat (endlot) terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. Berdekatan dengan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala lumpur.

Boleh akses melalui:

  • NKVE melalui Tol Damansara
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Damansara (dari KL/ Pusat Bandar Damansara)
  • DUKE/ Penchala Link

Lokasi yang menarik dan strategik untuk percutian keluarga, urusan kerja atau perniagaan 

  • 30 minit ke KL, Gombak atau Shah Alam
  • 20 minit ke Sunway Lagoon Water Park
  • 45 minit ke KLIA melalui Lebuhraya NKVE/ Elite 

Berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal di Lembah Klang seperti The Sterling, One Utama, IKEA, The Curve, IKANO, TESCO, Tropicana City dan Paradigm Mall.

Jalan kaki ke Damansara Uptown yang lengkap dengan pelbagai kedai seperti Medan Selera, McD, kedai-kedai runcit, 7E, Speedmart99, bank-bank, Tabung Haji dan sebagainya.

Bersebelahan dengan Masjid Mujahideen.

Kemudahan2 yang disediakan:
  • 4 bilik tidur berhawa dingin 
  • Tilam-tilam yang empuk dan berjenama
  • 4 bilik air 
  • Ruang tamu (living) berhawa dingin yang luas dan selesa dengan kemudahan Unifi TV
  • Ruang makan (dining) yang selesa siap dengan kelengkapan dapur  
  • Kemudahan air bertapis (filtered water) luar dan dalam (Cuckoo)
  • Kemudahan air sejuk dan panas bertapis
  • Air panas di semua bilik mandi (daripada solar water heater)
  • Dapur gas dan kelengkapan memasak
  • Mesin basuh otomatik
  • Seterika dan ironing board (2 set)
  • Microwave oven
  • Peti sejuk
  • Ampaian di luar dan di dalam rumah
  • Tuala dan sajadah
  • Unifi WiFi


Harga Promosi 
RM400/hari
Diskaun 20% untuk penginapan 1 minggu
Diskaun 40% untuk penginapan 1 bulan
(untuk Rakyat Malaysia sahaja)


Call/Whatsapp/SMS: 
014-506 3751 (En Azmir)
013-672 3414 (Pn Nurfarhana)
Emel: 
dsarahomestay@gmail.com





KETERANGAN DAN PERATURAN-PERATURAN HOMESTAY

Pihak Pengurusan Homestay berhak meminda harga sewa homestay sebelum tempahan dibuat. Setelah tempahan dibuat, harga sewa adalah muktamad. 
Untuk mengesahkan tempahan, bayaran penuh untuk jumlah hari yang ditempah hendaklah dibuat sewaktu membuat tempahan beserta wang deposit keselamatan sebanyak RM200. Wang deposit keselamatan akan dikembalikan setelah Pihak Pengurusan memastikan tiada sebarang kerosakan atau kehilangan berlaku.
Pihak Pengurusan Homestay tidak terikat dengan tempahan yang tidak disertakan dengan bayaran.
Cara pembayaran: melalui pindahan bank. Bayaran tunai tidak diterima.
Waktu Masuk :  3.00 petang ; Waktu Keluar : 12.00 tengahari.
Keluar lewat melebihi pukul 12.00 tengahari dibenarkan sehingga 3.00 petang bergantung kepada kekosongan (caj 50% dikenakan jika keluar lewat melebihi 3.00 petang sehingga 6.00 petang; caj 100% dikenakan jika melebihi 6.00 petang).
Perubahan pada tempahan hanya dibenarkan 3 hari sebelum tarikh masuk dan bergantung kepada kekosongan. Pembatalan tempahan 3 hari sebelum tarikh masuk layak mendapat 50% pembayaran balik.
Jumlah penghuni yang menduduki premis ini tidak boleh melebihi jumlah yang diberitahu semasa tempahan dibuat. Sebarang tambahan penghuni akan dikenakan caj tambahan.
Untuk tidak mengganggu jiran-jiran atau orang-orang yang solat di masjid, penghuni tidak dibenarkan membuat bising dalam homestay ini pada bila-bila masa terutamanya pada waktu malam.
Merokok adalah dilarang di dalam premis ini. Penghuni juga tidak dibenarkan membawa barang-barang berikut: Minuman Keras, Makanan Tidak Halal dan Haiwan-haiwan seperti Anjing dan Kucing.
Kehilangan kunci pintu bilik dikenakan caj RM50.00 untuk satu kunci.
Kehilangan kunci pintu rumah dikenakan caj RM100.00.
Sila gunakan semua kemudahan dalam premis ini dengan baik dan cermat. Sebarang kerosakan akan dikenakan caj.
Semua lampu, kipas, peralatan letrik dan penghawa dingin hendaklah ditutup apabila meninggalkan bilik atau premis. 
Kebersihan premis hendaklah dipastikan di sepanjang masa. Semua sampah hendaklah diletakkan di dalam tong sampah besar yang disediakan di luar premis. 
Sebarang aktiviti-aktiviti haram di dalam premis akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Penyewa homestay tidak dibenarkan untuk membawa tetamu atau membuat majlis di dalam premis tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Homestay. Jika perlu, tetamu hanya dibenarkan untuk duduk di ruang tamu sahaja pada waktu siang hari.
Dapur hanya boleh digunakan untuk masakan-masakan ringan sahaja seperti sup, mee segera atau telur. Ketuhar microwave hanya boleh digunakan untuk memanaskan makanan sahaja.
Akhir sekali, apabila mengosongkan premis, sila pastikan tiada sebarang makanan ditinggalkan di dalam peti ais, semua lampu dan peralatan elektrik dan dapur ditutup, dan sampah-sampah dibuang ke dalam tong sampah besar yang disediakan. 
Terima kasih atas kerjasama anda.